Search This Blog

Sunday, May 25, 2014

Edisi sisasat: Apa Kejadahnya Semua Ini !!

I'm back!!!
Dear blog,
Seperti biasa hari ini saya rasa tak puas hati. Tak puas sesangat!! Rasa menyampah tau tak! Meluat! Nak tampar pon ada jugak. Kalau boleh nak ditendang, disepak dan bermacam macam lagi la. Rimas tau tak! Rimas!..............ok inilah pendahuluan blog saya pada hari ni. Saja je buat gempak bikin suspen2 padahal takda apa2 pon  berlaku huahuahua.............sorry2, saya kalau pasal pendahuluan atau pembuka bicara memang agak lemah sikit. Actually banyak je benda nak cerita kat blog ni, cuma otak tengah ligat berfikir, macam mana nak start tulis. Jadi terhasil la pendahuluan yang sangat kreatif, mantap dan mutakhir kat atas tu tu tadi. Apa macam? Best tak? .....................krik krik krik. Ok fine takda orang layan
                  Baiklah, nukilan saya pada malam ini (pergh nukilan tu beb).....adalah untuk membincangkan isu semasa yang semakin mendapat perhatian umum pada saat dan ketika ini iaitu iklan ubat kuat atau ubat2 lain yg seangkatan dengannya. Pendek kata iklan2 ubat yg membincangkan soal 18sxxxx punya masalah. Did you get it? Sejak dua menjak ni kalau saya bukak facebook je, mesti banyak orang post pasal iklan 18 sx ni. Bukan satu dua ok, banyak tau tak! banyak sampai tahap  saya ingat saya dah terbukak laman web xxx.....oh sungguh gatal diriku ini (sambil menekup muka). Rupanya tidak, masih lagi di facebook, cuma orang2 dia aja gatal sampai saya rasa diorang ni baru grad kat The University of Gatal. Desperate sungguh sampai facebook pon nak letak iklan2 pebenda tu semua. Kalau baca statement masing2 rasa nak sumpah je diorang jadi mesin tebu............"makin anjal dan montok, abang taknak lepas"......"makin tegang isteri pon tersenyum".............Aaaaaaaaaaaa pebenda tu semua!! Please la ramai kot budak2 bawah umur yang ada facebook. Bayangkanlah kalau diorang baca benda tu semua, tak ke statement 2 tu semua akan menimbulkan syak wasangka dan tanda tanya kepada mereka, dan sekali gus menggalakkan diorang menjadi detektif untuk menyiasat pebenda iklan2 tu semua. Seperti yang kita semua tahu, budak2 ni tahap curiosity diorang sangat tinggi. Jadi, bila diorang baca benda2 ni semua secara tidak lansung diorang terdedah kepada perkara2 yang tak sepatutnya diorang tahu untuk kanak2 yang berumur macam diorang. Daripada tak tahu terus jadi tahu. Apa orang2 kat malaysia ni dah gersang sangat ke sampai banyak sangat iklan macam ni bermaharajalela di alam maya ni......cewah terover pulak.
Cuba tengok gambar kat atas ni? Apa kejadahnya semua ini? Payudayu? Apa yang nak didayukan tu hah! Takde kerja ke? Kot ya pon nak buat iklan pergi la website di mana budak2 takleh access. Ni tak, main iklan je kat mana2 macam musim nak pilihanraya poster tampal sana sini. Haritu saya pergi gerai nak beli air kosong ikat tepi pon berlambak lambak produk xxx ni ada dijual. Kopi jantan la, kopi harimau mengaum la, beratur tersusun cantik je macam kat pasar malam. Bermacam macam jenis kopi ada, semua mengajak kepada tutttttt.................urghh!! Ni la dia rakyat malaysia. Kalau pasal benda xxx ni cepat aja pandai. Genius mengalahkan professor. Jangan sampai orang asing ingat orang malaysia ni takde kerja lain tapi asyik nak mengawan je. Bawak2 la bertaubat. Jangan sampai anak kecil semua terlibat dengan benda2 tidak sihat ni. Kalau betul nak tolong suami isteri yang bermasalah, gunakan pada saluran yang betul. Jangan ingat budak2 kat negara kita semua boleh berfikiran matang. Kalau semua matang takde la berlaku gejala2 buang anak tu semua. Peliharalah jiwa kanak2, jangan kotorkan minda mereka dengan benda yang tak berfaedah ni semua, paham tak?
                Jadi, siapakah yang harus dipersalahkan dalam soal ini? Adakah salah Mark Zuckerberg sebab  mencipta facebook untuk orang2 yang suka mengawan ini dan secara tidak lansung beliau pon beli ubat payudayu kat atas ni? Atau adakah salah syarikat yang mengeluarkan produk2 ni semua sebab terlalu excited nak satu kan suami isteri sampai yang bukan suami isteri pon nak disatukan? Atau adakah salah ibubapa peniaga kerana mendidik anak2 mereka supaya berniaga dengan penuh ghairah dan mendayu dayu? Atau adakah salah pihak berkuasa kerana tidak mengharamkan iklan2 ini di facebook sebab tanpa pengetahuan umum diorang pon pelanggan setia produk dayu2 tersebut? Semuanya di tangan anda, anda lah yang menentukan sapa salah dalam hal ini. Jangan salahkan saya, sebab kalau korang salahkan saya jugak memang korang akan disumpah menjadi payudayus, anak kepada payudayu!


No comments:

Post a Comment

Love to comment?.......express your feelings here:-)