Search This Blog

Sunday, May 25, 2014

Edisi sisasat: Apa Kejadahnya Semua Ini !!

I'm back!!!
Dear blog,
Seperti biasa hari ini saya rasa tak puas hati. Tak puas sesangat!! Rasa menyampah tau tak! Meluat! Nak tampar pon ada jugak. Kalau boleh nak ditendang, disepak dan bermacam macam lagi la. Rimas tau tak! Rimas!..............ok inilah pendahuluan blog saya pada hari ni. Saja je buat gempak bikin suspen2 padahal takda apa2 pon  berlaku huahuahua.............sorry2, saya kalau pasal pendahuluan atau pembuka bicara memang agak lemah sikit. Actually banyak je benda nak cerita kat blog ni, cuma otak tengah ligat berfikir, macam mana nak start tulis. Jadi terhasil la pendahuluan yang sangat kreatif, mantap dan mutakhir kat atas tu tu tadi. Apa macam? Best tak? .....................krik krik krik. Ok fine takda orang layan
                  Baiklah, nukilan saya pada malam ini (pergh nukilan tu beb).....adalah untuk membincangkan isu semasa yang semakin mendapat perhatian umum pada saat dan ketika ini iaitu iklan ubat kuat atau ubat2 lain yg seangkatan dengannya. Pendek kata iklan2 ubat yg membincangkan soal 18sxxxx punya masalah. Did you get it? Sejak dua menjak ni kalau saya bukak facebook je, mesti banyak orang post pasal iklan 18 sx ni. Bukan satu dua ok, banyak tau tak! banyak sampai tahap  saya ingat saya dah terbukak laman web xxx.....oh sungguh gatal diriku ini (sambil menekup muka). Rupanya tidak, masih lagi di facebook, cuma orang2 dia aja gatal sampai saya rasa diorang ni baru grad kat The University of Gatal. Desperate sungguh sampai facebook pon nak letak iklan2 pebenda tu semua. Kalau baca statement masing2 rasa nak sumpah je diorang jadi mesin tebu............"makin anjal dan montok, abang taknak lepas"......"makin tegang isteri pon tersenyum".............Aaaaaaaaaaaa pebenda tu semua!! Please la ramai kot budak2 bawah umur yang ada facebook. Bayangkanlah kalau diorang baca benda tu semua, tak ke statement 2 tu semua akan menimbulkan syak wasangka dan tanda tanya kepada mereka, dan sekali gus menggalakkan diorang menjadi detektif untuk menyiasat pebenda iklan2 tu semua. Seperti yang kita semua tahu, budak2 ni tahap curiosity diorang sangat tinggi. Jadi, bila diorang baca benda2 ni semua secara tidak lansung diorang terdedah kepada perkara2 yang tak sepatutnya diorang tahu untuk kanak2 yang berumur macam diorang. Daripada tak tahu terus jadi tahu. Apa orang2 kat malaysia ni dah gersang sangat ke sampai banyak sangat iklan macam ni bermaharajalela di alam maya ni......cewah terover pulak.
Cuba tengok gambar kat atas ni? Apa kejadahnya semua ini? Payudayu? Apa yang nak didayukan tu hah! Takde kerja ke? Kot ya pon nak buat iklan pergi la website di mana budak2 takleh access. Ni tak, main iklan je kat mana2 macam musim nak pilihanraya poster tampal sana sini. Haritu saya pergi gerai nak beli air kosong ikat tepi pon berlambak lambak produk xxx ni ada dijual. Kopi jantan la, kopi harimau mengaum la, beratur tersusun cantik je macam kat pasar malam. Bermacam macam jenis kopi ada, semua mengajak kepada tutttttt.................urghh!! Ni la dia rakyat malaysia. Kalau pasal benda xxx ni cepat aja pandai. Genius mengalahkan professor. Jangan sampai orang asing ingat orang malaysia ni takde kerja lain tapi asyik nak mengawan je. Bawak2 la bertaubat. Jangan sampai anak kecil semua terlibat dengan benda2 tidak sihat ni. Kalau betul nak tolong suami isteri yang bermasalah, gunakan pada saluran yang betul. Jangan ingat budak2 kat negara kita semua boleh berfikiran matang. Kalau semua matang takde la berlaku gejala2 buang anak tu semua. Peliharalah jiwa kanak2, jangan kotorkan minda mereka dengan benda yang tak berfaedah ni semua, paham tak?
                Jadi, siapakah yang harus dipersalahkan dalam soal ini? Adakah salah Mark Zuckerberg sebab  mencipta facebook untuk orang2 yang suka mengawan ini dan secara tidak lansung beliau pon beli ubat payudayu kat atas ni? Atau adakah salah syarikat yang mengeluarkan produk2 ni semua sebab terlalu excited nak satu kan suami isteri sampai yang bukan suami isteri pon nak disatukan? Atau adakah salah ibubapa peniaga kerana mendidik anak2 mereka supaya berniaga dengan penuh ghairah dan mendayu dayu? Atau adakah salah pihak berkuasa kerana tidak mengharamkan iklan2 ini di facebook sebab tanpa pengetahuan umum diorang pon pelanggan setia produk dayu2 tersebut? Semuanya di tangan anda, anda lah yang menentukan sapa salah dalam hal ini. Jangan salahkan saya, sebab kalau korang salahkan saya jugak memang korang akan disumpah menjadi payudayus, anak kepada payudayu!


Saturday, May 17, 2014

Seeding Green......IDP 10 gempak!!

I'm back!!!
Dear Blog,
Pagi tadi kami ada program kerjasama dengan UKM untuk projek penanaman semula pokok "Seeding Green". Program ni diadakan sebagai salah satu usaha untuk syarikat kami berkhidmat untuk kebajikan masyarakat, atau kata lainnya program corporate social responsibility (CSR). Untuk program ni, kami budak2 IDP (Individual Development Program), iaitu program untuk budak2 hingusan yg baru masuk kerja kat petroleum engineering department, telah ditugaskan untuk mengendalikan projek menanam pokok ni. Jadi kitorang semua pon busy la mengalahkan menteri pertanian menguruskan hal itu ini untuk memastikan program tersebut berjalan lancar. Kat bawah ni saya letak 4 gambar. Empat gambar je tau! malas letak banyak2 sebab lambat nak mengupload. Kalau letak banyak2 bukan best pon, balik2 gambar orang tanam pokok.........dah nama pon projek penanaman semula pokok, mestila gambar orang tanam pokok, takkan masak rendang pulakkan



Tu la gambar-gambarnya. Kalau berminat dan rasa takde kerja pergi la cuci gambar2 ni lepas tu letak frame. Berbalik semula kepada program CSR ni, pihak syarikat telah merayu rayu untuk memilih saya sebagai mc untuk majlis ni. Pada asalnya saya taknak, tapi setelah dipaksa bertubi tubi sebab diorang rasa saya ni bagus sesangat, jadi saya pon terima huahauhua.....poyo tak? Kalau rasa nak baling kuali kat muka ni, silala berbuat demikian. Jadi sama ada penonton suka atau tidak, terpaksa la diorang menatap muka saya  yang boleh la dikatakan cun ni.....at least cun la kan kalau nak dibandingkan dengan biawak. 
Tugas sebagai mc ni bukan senang ya tuan2 dan puan2. Saya kena memerah kepala otak yang kering ni untuk memikirkan ayat2 yang bombastik untuk digunakan semasa mengacara majlis tersebut supaya sedap telinga orang yang mendengarnya. Partner mc saya untuk majlis ni ialah En.Haris dari pihak UKM......serius je orangnya. Jadi saya pikir saya pon kena jadi serius dan pikir kan teks2 yg menarik untuk digunakan masa jadi mc nanti. Pada asalnya saya malas nak tengok internet, sebab perasan kan diri ni hebat sangat mengarang teks. Jadi saya pon mula la mengarang teks pendahuluan sebab kalau bab mengarang2 ni, bahagian pendahuluan la yang saya paling lemah............Memandangkan pengacara majlis selalu suka start majlis dengan berpantun, jadi saya pon nak try la mengarang pantun:

"tanam pokok guna baja,
baja dibuat dari tahi,
Assalammualiakum pembuka bicara,
Saya disini sebagai emcee"

"tumbuh-tumbuhan berwarna hijau,
terung pulak warna unggu,
pokok kita hari ni memang hijau,
kalau tak percaya cuba tengok tuuu"

Bunyi macam best pantun ni tapi kalau Datuk A Samad Said baca rasanya kena sumpah jadi terung kejap lagi. Jadi CANCEL!! taknak ar guna pantun, macam leceh je. Lepas tu saya cuba pulak kaedah saintifik. Saya nak try buat kata alu aluan yang bunyi macam genius sikit ada term2 sains


"Hadirin dan hadirat sekelian, syukur ke hadirat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kita berkumpul untuk program seeding green ini. Tahukah anda? Bumi kita adalah planet ketiga berhampiran dengan matahari. Ada sembilan planet keseluruhannya dan planet pluto adalah yang paling last. Di  zaman siber yang penuh dengan gajet teknologi ini, mikroskop telah dicipta oleh para saintis untuk membolehkan kita mengkaji planet2 yang berada berhampiran dengan bumi dan juga bintang2 di angkasa. Menurut pakar astronomi......" hmmmmmm ni program menanam pokok ke, atau program nak tanam diri? Apa kena mengena planet ngan tanam pokok?......guna mikroskop pulak tu, planet apa boleh letak kat bawah mikroskop........CANCEL! (sambil meremuk remukkan kertas). Aduss!! tension kepala. Macam mana nak buat ayat best2 ni? Kali ni saya nak try pulak buat ayat2 skema macam dalam novel. Biar bunyi macam sedap gitu....

"selamat pagi sahabat2 seperjuangan yang berada di bawah lindungan yang maha Esa sekalian (pergh tak boleh bla ayat ni), di keheningan pagi ini, ayuh la kita bersama sama berganding bahu membanting tulang keringat untuk mengimarahkan lagi kawasan kampus yang penuh dengan sampah durjana ini dengan tumbun tumbuhan hijau yang tidak layu di makan zaman. Justeru, adalah lebih molek sekiranya kita di alam kedewasaan ini, tidak menderhaka kepada alam sekitar yang telah banyak berbakti kepada kita"......

Kalau yang ni confirm kena cekik ngan bos. Silap2 kena pecat huahuahua................yela2 saya surrender. Nak taknak terpaksa mengaku yang saya tak berapa pandai mengarang ayat2 yang best ni. Jadi sama ada suka atau tak terpaksala bukak internet dan buat research. Tak pon senang2 copy and paste je dari blog sapa2 hahaha. Kan senang macam tu, ni tak satu kerja tulis ayat entah apa2 buang masa...............
                  Tapi yang penting, program seeding green ni telah berjalan dengan lancar, Alhamdulillah. Terima kasih kepada pihak UKM yang sudi bekerjasama dengan kitorang untuk menjayakan program ini. Dan tidak lupa kepada kawan2 IDP sekalian, TAHNIAH!! you guys have done a very great job. We made it! Thank you so much for your efforts and IDP 10 is the best..............

Monday, May 12, 2014

Macam mana ni.........

I'm back!!!
Dear blog,
Sejak dua menjak ni saya rasa saya dah banyak menyusahkan orang. Rasa macam dah jadi habit pulak kalau satu hari tak menyusahkan orang rasa macam tak aman. Banyak benda saya tak paham sampai 24 jam tanya orang soalan macam machine gun dalam cerita Rambo lakonan Sylvester Stallone bertubi tubi dan tak putus tanya soalan. Benda A saya tak paham, benda B pon saya tak paham, apatah lagi nak paham sampai Z. Semua benda saya tak paham. Benda paling simple budak tadika boleh paham pon saya tak boleh nak paham sampai nak kena menyusahkan orang mintak tolong explain. Kadang2 saya perasan jugak kawan2 macam dah start tension ngan saya sebab selalu sangat kacau diorang tanya soalan itu ini macam diorang dilahirkan kat dunia ni semata mata untuk jawab soalan2 saya. Saya pon tak paham kenapa susah sangat saya nak paham sesuatu perkara. Kadang2 saya dah usaha untuk ambil perhatian untuk cuba memahami apa yg dipelajari. Tapi in the end, saya tak akan paham, kemudian mengantok dan terus tertido.....zzzzzzzzzzzz! Babai Sayonara.......apa kan daya. Walaupon saya cuba menahan mata ini, tapi dengan kuasa bulan setan telah berjaya menutup mata saya ni supaya tak dengar apa2 yang dicakapkan kat depan. Haih susahnya nak tumpukan perhatian. Macam mana orang lain boleh menumpukan perhatian  100% dengan penuh tekun dan sabar. Apa kuasa yang diorang pakai? Ramai orang cakap diorang tak percaya bila saya cakap yang saya ni kurang confident sebab saya selalu macam ketinggalan dalam apa yang saya buat. " Mana ada! Yasmin selalu nampak confident je! Your level of confidence is so high compared to our confidence".........huhu korang tak tau yang saya ni macam tin kosong. Kat luar memang nampak confident je cakap huhahuha sana sini mengalahkan ahli politik, terjerit sana terjerit sini macam apek lelong vcd cetak rompak kat chow kit. Tapi kat dalam, kosong sekosongnya macam tin biskut jenama hup seng.
Haih! what should I do. Kalau boleh dah taknak menyusahkan orang. Saya taknak orang pikir yang saya ni macam annoying gila sampai satu hari nanti takde orang nak dekat ngan saya. Nampak muka je dah lari pecut 100km. macam mana nak urut kepala otak ni supaya tak slow sangat? Patut ke pergi spa ngehngehngeh. Tu la pasal, suka sangat makan keropok super ring ngan cikedis berplastik plastik. Lepas tu asyik tido tido tido sampai mata dah melekat macam gam takleh bukak sebab tido lama sangat. Setakat ni saya rasa gaji yang saya dapat macam tak bebaloi dengan usaha yang saya kerjakan. Kalau orang tanya apa yang saya belajar sepanjang tempoh training, takde apa yang saya boleh cakap sebab memang tak melekat satu pon. Saya salute gila la ngan kawan2 satu batch yang lain yang bersungguh sungguh menuntut ilmu sampai kita boleh nampak kesungguhan diorang tu semasa bercerita mengenai apa yang diorang pelajari. Semua macam excited je. Masa training, soalan2 yang ditanya semua membina mengalahkan professor macam diorang nak tau sangat apa yang berlaku. Macam tu la baru berbaloi dapat gaji, apa yang bos suruh belajar, diorang ambik dengan serius. Tapi saya.........waaaaaaaaaaaaaaa!! Macam mana ni? Rasanya saya dah terlalu bergantung dengan kawan saya Izzati sebab tu saya jadi macam ni. Dulu masa ambik A-level sampai kat universiti Izzati la yang banyak menolong. Dalam kelas memang saya tak paham apa2 sebab saya suka tido. Jadi Izzati la selalu yang duduk sebelah masa buat homework, yang ajar buat semua satu2 supaya saya paham. Sekarang ni bila Izzati takde saya rasa macam dah lost sangat. Macam orang buta kehilangan tongkat.........pergh ayat!! bangga Izzati kalau dia baca ni ahakz
Kalau sembahyang tiap2 hari takde doa lain yang saya mintak kat Allah melainkan supaya Allah terangkan hati dan buka minda ni supaya saya lebih fokus terhadap apa yang dipelajari dan lebih paham dan seterusnya tak payah menyusahkan orang. Kadang2 rasa nak berhenti kerja bukak bakeri, sebab kalau buat kek takyah nyusahkan orang. Duduk je kat dapur buat kek, then bila orang beli rasa happy. Tapi memang gerenti dapat tentangan hebat macam dalam drama oleh family sebab susah2 belajar akhirnya bukak bakeri haha. Memang cari nahas namanya.
Sorry la kalau entri ni agak emotional walaupon pada hakikatnya semua entri saya emo ahakz sebab tak tau nak cakap kat sapa masalah ni melainkan blog katak ni. Nampaknya saya kena berusaha lebih keras lagi untuk lebih fokus terhadap kerja. Kena jadi lebih serius.......sangat sangat serius sampai tahap nak makan orang. Yang penting saya taknak makan gaji buta. Saya nak bekerja dengan penuh passion, ikhlas dan semangat yang berkorbar korbar untuk berkhidmat kepada syarikat. Semoga Allah permudahkan segalanya..........amin

Sunday, March 30, 2014

Samar Bayangan

I'm back!!!
Dear blog,
Kenapa kat Malaysia ni kalau pergi mana2 majlis atau acara mesti nak ada orang bagi ucapan lama2? Tak kira la majlis anugerah cemerlang kat sekolah ke, hari merdeka ke atau hari sukan, mesti nak ada VIP yang dengan muka seposen dan tak bersalahnya bagi ucapan lama2. Muka serius je bagi ucapan, sampai tersembur sembur air liur punyala bersungguh sungguh macam orang nak dengar sangat apa dia cakap. Apa yang best sangat bagi ucapan lama2 ni sampai dah menjadi kewajipan asal ada majlis je bercakap, asal ada majlis je bercakap. Kertas ucapan masing2 kalau publish boleh buat buku 10 edisi, punyala panjang berjela jela. Nak kata kena rasuk pon ada jugak, sebab bila dah sekali dia start bercakap, nak tunggu dia cakap sekian terima kasih tu macam tunggu siput panjat stadium , seolah olah benda tu takkan berlaku punyala tak sedar diri bercakap. Kalau mengait baju masa diorang tengah berucap tu, rasanya dah boleh bukak pasaraya kot sebab dah beratus ratus baju yang dikait, tak jugak dia berhenti bercakap. Boleh pulak tak bisu cakap lama2! Tension betol!

                Baru2 ni saya pergi ke majlis anugerah cemerlang kat sekolah adik saya. Walaupon adik saya dapat hadiah tak seberapa, tapi sebagai kakak saya datang jugak sebab nak bagi semangat supaya adik saya terus rajin belajar. Tapi apakan daya, sebaik pengetua sekolah tersebut  mendapat microfon untuk memberi ucapan je, terus mood saya bertukar dari happy ke moody sampai saya rasa nak bertukar jadi ultraman jahanamkan sekolah tu. Satu jam setengah ok pengetua tu berucap! Macam2 dia merepek pasal sekolah tu sampai saya rasa nak melaungkan azan kat tengah2 dewan tu biar dia sedar diri dan berhenti cakap. Ada ke patut cakap pasal pokok mangga kat sekolah, ado den kesah!! Kalau nak bercakap pasal pokok mangga sila la buat program pertanian sendiri lepas tu bagi la ucapan lama2 kat depan pokok mangga tu biar pokok mangga tu pon mati dengar ucapan beliau.  Lepas dah habis berucap, ingatkan siksa dah habis, tapi VIP pulak naik pentas berucap. Great!! Rasa nak jahit je microfon tu kat mulut diorang biar sepanjang hidup diorang berucap, takyah makan minum apa semua. Kalau tengah mengandung rasanya  beranak pon nak keluar microfon sebab obsess sangat bercakap sampai anak pon dah rupa microfon. Cakap sikit2 je sudah la, apa dosa sangat ke cakap sikit2?Dulu masa saya graduate kat US, ucapan VIP tak sampai 5 minit. Dia Cuma naik cakap hello lepas tu terus congratulations, dah! tak payah nak berpantun pantun cakap pasal pokok manga manggis apa semua. Ni tidak, jangankan pokok mangga, segala pokok yang ada kat kebun nenek dia pon nak bagi tahu kalau boleh, asalkan boleh bercakap. Huh emo sungguh bila cakap pasal topic ni. Lebih2 lagi hati masih panas mengenangkan peristiwa tersebut.

                Jadi saya ingin menyeru la kepada mana2 pihak yang akan dijemput untuk merasmikan majlis ke atau dijemput bagi ucapan alu aluan, tolongla cakap sekejap. Tak payah la cakap lama2 sebab takde orang dengar pon. Dalam seratus lebih orang yang hadir majlis tersebut, hampir 99 percent orang tido tak pon main handphone sebab dah bosan tahap naga. Kalau ada yang kepala tegak mendengar tu pon hanya sekadar luaran je dia nampak mendengar, padahal dalam kepala otak dia tengah terfikir nak makan nasi lemak kerang kat kedai mesra petronas Jalan Imbi. Jadi tak payah la bersungguh sungguh sangat bagi ucapan. Bagi tau je point2 yang penting, tak payah membebel benda yang tak perlu sebab semua benda tu korang boleh bagi tau kat kucing korang masa balik rumah nanti, tak payah susah2 bagi tau masa rasmikan majlis. Kalau nak jugak bagi ucapan lama2, sila letak mulut anda dalam blender dan tekan suis ON!
            Ok mesti ramai tertanya tanya, apa kena mengena tajuk "samar bayangan" dengan entri kali ni? Jawapan dia ialah.......takde kena mengena! Saja je letak tajuk tu sebab dah takde idea nak letak tajuk apa. Tadi dengar lagu2 lama sekali ada lirik sebut perkataan samar bayangan ni, jadi terus je taip. Suka hati gua la kan nak letak tajuk apa pon, asalkan gua bahagia huahuahua......

Thursday, March 13, 2014

Edisi siasat: Tok Bomoh yang Tak Senonoh

I'm back!!!
Dear blog,
Sejak dua menjak tiga menjak empat menjak lima menjak enam menjak ni (ada jugak yang kena pijak ni karang)…. Keaadan jerebu semakin teruk lebih2 lagi kat tengah KL ni. Kalau tengok kat tingkap ofis rasa macam dah ada kat alam bunian macam cerita Jula Juli Bintang Tujuh zaman dulu2 yang cerita dia merepek tahap kerepek ubi. Putih je semua sampai bangunan kat depan pon tak nampak. Baru je berangan nak duduk kat tingkap ni  termenung jauh memikirkan masa depan sambil muka control bajet cun biar orang yg duduk kat bangunan depan terpikat. Tapi apakan daya, jerebu menjadi orang ketiga dalam hal ini menghancurkan masa depan saya yang dulunya hitam tapi sekarang dah cerah selepas menggunakan fair and lovely……….kacau betul ar jerebu ni. Tapi kan saya rasa orang paling gembira masa musim jerebu ni ialah pasangan2 kekasih sebab kalau diorang buat maksiat jabatan agama islam tak nampak beb. Jadi, kepada orang jabatan agama islam, saya nasihatkan bawak kipas angin masa buat serbuan supaya asap dapat diketepikan, dan kalau boleh kipaskan terus pasangan2 yg berzina berkenaan macam mesin rumput.
                Okay, enough pasal jerebu sebab kalau saya cakap banyak pon bukan jerebu boleh kurang. Walaupon kampung saya nama Jelebu, tapi Jelebu dengan jerebu takde kena mengena………. Saja je nak bagi tau fakta menarik. Kalau ada sesapa rasa nak bagi pelempang silakan. Berbalik kepada tajuk edisi siasat kita pada hari ini, saya ingin mengupas isu bomoh yang rancak diperkatakan oleh seluruh lapisan masyarakat sejak kebelakangan ini. Saya tak paham kenapa zaman sekarang ni walaupon kita dah hidup dalam keadaan yang moden serba canggih, ada ipad, smartphone apa semua, tapi masih ada lagi yang percaya kat bomoh. Apa yang hebat sangat pasal tok bomoh ni walaupon dah terang terangan dia menipu macam orang lalok je puja2 asap kemenyan sambil perah limau berbijik bijik. Bila pulak jin suka minum air limau nipis? Tak habis2 nak perah limau sampai kalau boleh satu pokok limau tu dia nak perah padahal limau2 tu semua kalau buat sambal belacan lagi sedap. Lepas tu kalau orang sakit je mesti nak cakap buatan orang, sikit2 buatan orang. Tak boleh ke cakap buatan beruk ke, buatan shampoo ke. Lepas tu Jin mesti nak masuk sekali dalam ini gambar………”ini semua angkara Jin, anak awak dah dirasuk Jin”……Kesian Jin, belum  sempat dapat skrip atau royalti, tiba2 dia terpaksa berlakon dalam drama tok bomoh tersebut. Dia pon blurr sambil menggeleng geleng kepala melihat “kepandaian” bomoh tersebut yang macam baru lepas keluar dari university Harvard kat Maldives.

                Haih kenapalah masih ramai orang yang percaya pasal bomoh ni semua walaupon dah terang terangan dia penipu dan bertentangan dengan ajaran Islam. Sampai sesetengah orang tu sanggup hantar ahli keluarga yang sakit jumpa bomoh walaupon doctor kat hospital punya la berlambak. Sanggup berhabis duit beratus ratus, kadang2 tu beribu semata mata nak berubat dengan tok bomoh. Punya la doctor belajar bertahun tahun nak dapatkan sijil rawat orang, berhempas pulas apa semua, tapi tok bomoh selamba je dengan menggunakan sijil yang dia dapat masa main masak2 kat tadika dulu dia pergi merawat orang. Kesian doctor, may Allah bless you! Lagi satu yang saya tak puas hati, tok bomoh ni suka sangat menggunakan ayat2 Al-Quran dan benda2 yang berbentuk keagamaan untuk bagi orang percaya kat diri dia. Contohnya pakai songkok, guna sejadah, baca jampi serapah tu semua lepas tu panggil2 jin, entah apa2 ntah. Walaupon jampi yang dia baca tu sebenarnya doa nak masuk tandas, tapi still orang percaya kat dia. Astaghfirullahlazim, bertaubatlah kita wahai anak2 Adam sekalian, sesungguhnya kiamat itu semakin hampir, janganlah kita tinggal ibadah puasa selama sebulan sesungguhnya puasa itu adalah wajib…….pergh tetiba je kan padahal tengah cakap pasal bomoh huhu. Tapi bomoh2 ni semua bukan ke sudah dikira mensyirikkan Allah? Walaupon saya ni tak terel ilmu agama, tapi saya tau yang benda2 ni semua salah sebab dalam Islam kita hanya boleh meminta pertolongan dari Allah, bukan Jin atau syaitan mahu pon tok bomoh yang terel pakai teropong dengan tikar terbang. Rasanya dah banyak ulamak sebut pasal hal ni semua tapi masih ramai lagi yang buat tak endah. Daripada jemput tok bomoh pergi KLIA buat lawak sepastik, bukankah lebih baik pergi ke masjid buat solat hajat dan berdoa beramai ramai supaya Allah perkenankan doa kita dalam mempermudahkan urusan mencari pesawat MH370. Seperti rakyat Malaysia yang lain, saya juga turut berharap pesawat tersebut dapat ditemui dan marilah kita berdoa untuk kesejahteraan penumpang2 di dalam pesawat tersebut.

              Seperti biasa, siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Adakah salah mak bapak tok bomoh tersebut sebab bagi susu getah masa dia kecik2 dulu sampai otak dia cerdik sangat sampai boleh main teropong teropong kat airport? Atau adakah salah guru sekolah beliau sebab masa zaman sekolah dulu beliau diajar, kalau ada orang bersedih kat airport, sila main dayung2 sampan atas tikar sambil bawak kelapa, lepas tu kelapa2 tersebut boleh la dihempuk atas kepala masing2 bila dah sudah. Atau adakah salah kakitangan airport kerana cuba menghiburkan hati keluarga yang bersedih dengan menjemput pelawak2 yang terdiri dari lelaki2 yang pakai kot macam nak pergi meeting kat united nation? Jawapannya di tangan anda. Andalah yang menentukan siapa yang bersalah dalam hal ni…………. Kalau ikutkan saya, yang bersalah cuma tok bomoh tu sorang je, sebab tak habis2 menyusahkan orang, dari keluarga dia sampai la ke orang awam. Tobatla wahai to bomoh =_=’

Tuesday, February 25, 2014

Hari Confident

I'm back!!!
Dear blog,
Semalam sebelum balik kerja saya dengan rela paksanya telah disuruh berborak ngan bos saya....T_T. Masa saya tengah sibuk mengupdate blog saya yang sangat popular dan disukai seluruh lapisan masyarakat sama ada yang masih hidup, kat hospital atau pon yang telah meninggal dunia ini, tiba2 bos saya datang duduk kat meja depan. Mesti dia perasan betapa joblessnya saya sebab masa tu saya tengah duduk dengan selesanya kat atas kerusi dengan gaya tersendiri macam nak naik karpet terbang. Akibat rasa tak puas hati, beliau pon tarik kerusi kat depan beliau dan suruh saya duduk kat situ. Kami pon duduk berhadapan antara satu sama lain dan sesi soal jawab pon terjadi dan kalau diperhatikan betul2, keadaan kitorang pada masa tu macam kat dalam drama CSI (takkan nak cakap macam cerita Gerak Khas pulakkan, apa class......ahakz!)....di mana seorang polis sedang menyoal siasat seorang wanita yang dipercayai telah melakukan kesalahan mendera suami beliau. Macam2 la soalan yang diajukan oleh beliau termasukla pasal gaji pertama saya, training apa semua. Kata beliau, saya patut merayau rayau satu ofis berkenal kenalan dengan ofismate yang lain sambil cari jodoh huahuahua................saya tak paham betul bos saya ni. Dari haritu lagi dia sibuk suruh saya cari calon nak kawin, bapak saya pon tak risau sangat macam ni. Habis segala orang direcommendkan macam bertepek kat muka saya ni perkataan desperate nak kawin. Rilek ar bos, saya baru 24 kot, malam masih muda. Nanti kalau saya rasa nak kawin saya ngorat bos jadi bini nombor yang seterusnya sebab saya tau bos mesti banyak duit huahuahua..............keluar dah tanduk setan.
         Sebelum jauh cerita saya menyimpang seperti jauhnya Arizona ngan Malaysia, baik saya tekankan balik tajuk blog saya kat atas. Masa tengah borak2 ngan bos, bos saya ada nasihatkan saya supaya menjadi seorang yang lebih confident. Katanya saya ni terlalu takut dan kurang confident dengan kemampuan yang saya ada setakat ni. Beliau pon berceramah la itu ini panjang berjela jela tapi kalau saya nak tulis satu2 memang tak dapat sebab masa tu saya tak berapa dengar kihkihkih. Masa dia cakap tu saya secara tak sengaja tengah terfikir nak masak telur mata kerbau makan ngan kicap......jadi saya tak berapa fokus sangat masa tu hehe. Oleh itu, untuk menyahut seruan bos saya yang suruh saya jadi confident, saya dengan ini berazam, mulai pada hari ini saya nak jadi orang yang gila confident. Bangun2 je pagi tadi saya terus confident yang saya ni wangi sebab mandi tak sampai 2 minit. Lepas tu masa tengok muka kat cermin, saya perasan ada 3 ketul jerawat muncul kat pipi, tapi saya still rasa sangat confident yang saya ni sangat lawa sebab haritu masa keluar rumah, bangla mesin rumput rumah jiran nak ngorat saya ok. Walaupon pada hakikatnya dia panggil kucing, tapi saya tau dan confident yg dia cover line jadi saja buat2 panggil kucing ahakz! Lepas tu pagi ni sampai2 je pejabat, saya dengan terlalu confidentnya terus lalu kat pintu security tanpa perlu masukkan beg saya kat mesin beg yang bergerak gerak tu (ntah apo ntah namo eh). Walaupon telah dimaki oleh makcik security kerana sikap saya yang terlalu confident itu, tapi saya tetap cool buat muka serius macam saya CEO kat syarikat ni. Nampak tak korang betapa confidentnnya saya pada hari ini sampai ada orang rasa nak tampar muka saya kiri kanan atas bawah sebab confident yang terlampau. Berapa lama sikap confident saya ni boleh bertahan pon saya tak tau sebab tadi lupa pulak nak pasang stopwatch, nak tengok berapa lama rekod yang saya pegang untuk menjadi seorang confident huahuahua. Sorry la bos, dah memang lumrah hidup saya macam ni, takleh nak buat apa dah. Tengok la dulu macam mana, kalau saya rasa selesa dengan sikap confident ni saya akan teruskan, kalau malas saya buat tak tau je hehe

       

Sunday, February 23, 2014

Accident.......tak mau drive dah :(

I'm back!!!
Dear blog,
Hari sabtu hari tu saya telah terlibat dalam satu kemalangan dekat PKNS bangi. Dengan berbekalkan lesen yang baru dapat bulan lepas kihkihkih,  saya pon dengan confidentnnya bawak adik2 dan kakak saya pergi ke tempat tersebut untuk cari jubah mak yang akan ke Mekah pada bulan 3 nanti. Saya telah memandu dengan sangat cermat sekali sehingga di dalam hati ini, saya ada berkata (pergh skema ayat)....."ni kalau kena saman jugak memang aku bakor je bangi ni"......begitulah bongkak dan sombongnya saya pada masa tu, hidung tinggi macam klcc. Tetapi apakan daya, semasa nak parking kereta dekat tempat parking (of course la parking kereta kat tempat parking, takkan kat tengah sawah pulakkan)......saya dengan tidak sengajanya telah tertekan minyak. Inilah padahnya bawak manual, nak tekan brek terus tertekan minyak, lalu saya menjunam ke depan, jatuh dari tempat parking dan terlanggar pokok kat depan. Tak pasal2 jadi tarzan kereta saya bila tergantung kat tengah2 antara pokok dan tembok tempat paking tersebut.
       Masa benda ni berlaku sebenarnya saya tak berapa cemas sebab macam tak berapa percaya benda ni berlaku, tapi adik saya yg paling kecik tu tiba2 meracau macam orang hilang akal marah2 saya sebab dia ketakutan. Masa tu tuhan saja yang tahu macam mana sedihnya tengok adik dan betapa menyesalnya rasa sebab bawak dia sekali pada haritu. Walaupon adik saya menjerit jerit ketakutan masa tu, tapi sebagai kakak yang kejam saya telah menengking dia balik dan suruh dia diam huahuahua.........kerana diriku begitu berharga ahakz! Bila benda tu semua berlaku, of course la kitorang semua keluar dari keretakan, takkan nak duduk diam dalam tu buat muka selebet macam naik kereta mainan masuk duit singgit kat jusco tu, betul tak? Jadi kitorang pon keluar perlahan dan duduk di tepi kereta tu sambil start buat drama call ayah and family members yang lain suruh datang menghadap hehe. Hampir setengah jam jugak kitorang menunggu ayah, makcik2 ngan pakcik2 sampai. Sementara nak menunggu tu takde orang pon nak tolong kitorang. Ada yang naik motor berhenti tanya lepas tu blah macam tu aja buat kitorang terpinga pinga. Yang paling saya marah ada orang naik kereta berhenti betul2 kat depan muka kitorang semata mata nak tangkap gambar lepas tu terus blah dengan muka selamba tahap longkang....eeee geram tau tak!! Agak2 dulu masa sekolah cikgu dia ajar kalau nampak orang dalam kesusahan tangkap gambar, sengih lepas tu jangan pergi tolong.....asbestos sungguh! Lepas tu ada la pulak 2 orang polis muda yang hidup segan mati pon mau, berhenti kat tepi jalan tanya apa jadi. Kitorang pon cerita apa jadi lepas tu tetiba dia cakap......owh ok la.......lepas tu blah macam tu aje. Gila tak guna polis ni, tak nampak ke kitorang semua perempuan, at least tunggu la kitorang semua sementara ayah ngan family sampai. Ni tak, blah macam tu aja, macam la diorang busy sangat macam CSI. Tapi lepas tu, ada jugak orang yang datang hulur2 kad nombor tow truck dan ada jugak yang datang bertanya dan cuba tenangkan keadaan. Memang terima kasih banyak2 kepada mereka yg mengambil berat dan sudi membantu. Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa mereka.
       Lepas tunggu punya tungu akhirnya ayah dan family sampai. Pakcik2 saya yang tolong uruskan semua, call insurans, buat report apa semua. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan dalam pukul 7.30 macam tu semua setel. Lepas dah setel hal apa semua, baru la sempat nak cek facebook. Masa cek facebook, gambar kereta saya dah terpampang kat facebook komuniti bangi. Yang tak tahan tajuk gambar tu "komuniti prihatin".......what the mangkuk bebeh, prihatin apanya. Tangkap gambar je lebih, tolongnya tak. Lepas tu ramai la yang komen mengutuk saya......"ni mesti perempuan kan kihkihkih"......"adoi ni mesti kes baru dapat lesen, duduk rumah la woi".....dan bla bla bla kalau nak tulis satu2 memang tak dapat sebab banyak sangat. Inilah dia rakyat Malaysia. Budi bahasa budaya kita konon, blah la. Mulut masing2 asyik nak mengondem orang je macam dia aja yang betul. Saya puji beberapa orang yang komen kat gambar tu yang suruh pihak berwajib bina tembok kat tempat parking tu, dan doakan agar saya dan adik2 selamat. Macam tu la baru masyarakat yg prihatin. Kalau saya boleh jumpa orang yang baik2 ni, saya nak bake cake untuk diorang ucap terima kasih hehe. Dan kepada yang kutuk saya, tak payahla tabur fitnah apa semua, siap cakap ada banyak ayam kfc berterabur kat dalam kereta, banyak barang shopping dalam kereta sampai susah nak bawak keluar apa semua. Bila maso pulak den beli kfc? dan bilo maso pulak den shopping? kitorang masuk pkns tu pon tak lagi. Fitnah orang je pandai, suruh bagi cadangan, cadangan bangang di kasi eh.....typical malaysian!! Hari ni benda ni mungkin terjadi kat saya, esok lusa kalau ada benda ni terjadi kat korang, jangan marah2 kalau ada orang buat benda yang sama kat korang. Jadilah orang yang berbudi bahasa dan bersopan santun. Tolong menolong tu kan amalan mulia. Punya la kerajaan berhabis duit buat kempen budi bahasa sopan santun tu semua, tapi hasilnya habuk pon tarak. Dulu masa saya duduk US. orang jatuh basikal pon dah berebut rebut orang datang tolong. Mana ada lagu budi bahasa kat US, tak payah nak nyanyi bagai tapi mat saleh ni jauh lagi berbudi bahasa dari kita.......malu la sikit woi.
       Overall, Alhamdulillah kami semua selamat. Yang penting adik2 selamat. Syukur kepada Allah sebab masih panjangkan umur kami sekeluarga. Kepada yang membantu sekali lagi saya ucapkan terima kasih. Kepada kawan2 yang bagi kata2 semangat, I love you all very2 much. Kepada orang yang saya tak kenal tapi bagi kata2 semangat, terima kasih banyak2, saya doakan korang semua bahagia dan dirahmati Allah. akhir kata dari saya, jadikanlah kisah ini tauladan dan marilah kita menjadi rakyat Malaysia yang berbudi bahasa.